Pernah tak
anda semua mengalami masalah ini… semestinya ya kan jwpn anda!... jealous tgk
dia anak org kaya, jealous tgk dia lebih berbakat dari kita, jealous dia lebih
pandai daripada kita, jealous dia lebih cantik daripada kita… sumanya nak
jealous lah… semua org mesti ade perasaan jealous tu.. kalau tak tu bukan
manusialah namanya. Jadi saya pun ada sama...
Bila
jealous tu datang , rasa mesti tertekan sangat2 . Dari sudut positifnya,
jealous itu akan meng’initiate’kan tekanan yang menyebabkan kita pun nak buat
macam tu juga.. nak jadi lebih baik daripada perkara yang kita jealous tu… nak
meng’improve’kan lagi kelemahan diri kita dan setengah itu perkara yang dia
jealous tu menjadi motivasi kpd dia…
Dari sudut
yang lainnya, jealous tu membuat ssorg itu tertekan teruk sampai nak bunuh
diri, rasa diri tak berguna, menjadi rendah diri, pendiam, menaburkan fitnah
dan banyak lagilah symptom jealousy bakal muncul.
Segala
benda jealous tu sbnnrnya hanya permainan emosi sahaja. Terpulang kepada diri sendiri
cara untuk mengawalnya…
Syukur
Salah satu
cara untuk kita mengurangkan rasa jealous tu dengan bersyukur. Banyakkan
bersyukur dengan nikmat yg diberi. Bukan semua org dapat nikmat yang kita ada. Contohlah
kita jealous dengan ssorg tu sebab dia cantik kita ni hodoh, tapi ada lagi
manusia yang Allah uji yang Allah jadikan dia lagi hodoh daripada kita. Semua
manusia dicipta tidak sempurna dan wujud
banyak kelemahan.Jadi ,cuba berusaha menjadi diri sendiri dan banyakan
bersyukur dengan nikmat yang diberi. Terima diri sendiri dahulu, baru org boleh
terima diri kita.
Segala
bakat, kecantikan, kepandaian, kelebihan itu merupakan rezeki dan nikmat dari
Allah.
‘ tu rezeki dia la, dpat pegi oversea…’ , ‘murah
rezeki dia ,kaya-raya dia sekarang’
Orang kata,
rezeki tu tidak datang bergolek, sebaliknya dengan berusaha.
Berdoa
mengharapkan sentiasa rezeki datang. Namun, tanpa usaha tak berguna juga. Allah
suka org meminta padaNya.
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.." (Surah al-Ghaffir:60)
Penyelesaian
Ketika
menghadapi situasi dimana kita sangat jelous dgn seseorg, cubalah banyak
bersyukur akn diri sendiri . Tidak perlu mencari keburukan org itu, ataupun
mencari kelemahan dan menjaja dari mulut ke mulut yang akhirnya menjadi fitnah
dan membawa kepada dosa. Tidak perlu berasa lemah dan rendah diri. Yakin bahawa
kita ada satu kelebihan lain dari org itu. Angaplah itu suatu ujian dan yakin ujian itu untuk memantapkan lagi diri kita.
No comments:
Post a Comment