Tuesday, January 1, 2013

Yellow = Kuning = bright day !

Bismillahirahmanirahim.....

Today is first jan of 2013!!!!! Happy new year sume!!! tak excited sangat pon tp macam tak caye dah masuk thn baru...umur pun meningkat (ikut tahun) dari angka 1 ke dua, yang dua ke tiga...dsb...
* orang arab kat egypt suka baling kaca malam sblm tahun baru, dikatakan tanda buang kecelakaan thn dahulu... wallahualam...so, HATI-HATI keluar malam tu!

Ok, masuk entri...
Saya nak lebelkan hari ini sbg Hari Warna Kuning...(HAHA...sounds weird right?) 
kenapa?
Sbb hari banyak sangat warna kuning yang saya jumpa!!!....

Hari ni, masuk lecture, sorg budak ni buka la buku, nampak buku dia peeeeennnnnuh dengan tulisan yang di highlight warna kuning... satu page berubah warna ,dari putih ke kuning...
Terus otak jadi terpanar sikit... rasa macam cahaya keluar dari tulisan-tulisan pada buku... 
lps tu, prof pun datang mengajar tppiii dia buka slide power point...dalam tu pun ade tulisan color kuning kat every main topic!!!
Huh, ni boleh menyebabkan otakku menjadi kuning... hahah...( mmg betul pun lps tuuu..) 

Actually, saya tak suka warna kuning, sbb warna kuning adalah salah satu warna yang nabi tidak gemar. (wallahualam, tak pasti..)tapi yang pasti ,nabi gemar warna hijau dan putih... so, saya cubalah tak suka warna kuning... Namun, tak boleh jugak nak benci warna kuning niii.... coz one of the reasons, warna kuning ni terdapat banyak kenangan memori kehidupan saya... 

Saya klasifikasikan kenapa saya benci dan kenapa saya suka warna kuning...
.Benci.
1-warna yang tidak digemari nabi
2-sakit mata melihat
3-sakit otak sekali
4-warna yang ade banyak kenangan buruk (rumah sukan kat asrama)
5-warna yang cepat kotor
6- dikaitkan dgn benda2 kotor dan khurafat. eg.najis cair~ HAHA

.suka.
1-warna bilik tidur skrg
2-warna rumah kat malaysia
3-warna menonjol
4-mempunyai kenangan indah dan memori yang sukar tuk dilupakan
5-warna yang brighten my day!(secara physio-nya warna ni sangat membantu menceriakan mood)
6-warna yang boleh masuk dengan sume warna ...( matching)
8- cantik..


entahlah...nak suka atau nak benci warna ni pon tak tahu... warna kuning kdg2 ade yang membuat saya best ade yang tak...so,saya tak boleh nak labelkn sbgi warna fav...

Hidup kita ni dikelilingi dengan warna warni kehidupan, jadi bersyukurlah dengan nikmat itu... sesetengah orang tak dapat merasai nikmat warna warni dunia ni, sesetengah org tak dapat lihat pun warna didunia ni... org ni ade lesion pada area otak yang memantulkan cahaya, or kita panggil org ni ade bute warna(colour blindness).

teringat pulak lagu ni...
'hitam putih masa depan, sendirian menentukan, hidup ini usah dipersiakan...'

The end...

 kuning simbol keceriaan :-)
warna rumah dan bunga kegemarannnnn! <3
teksi kat sini pun warna kuning (??) nk bagi org gembira ka?? haha
p/s: first rumah sukan masa tadika dulu pun warna kuning...haha... 

*Cerita dkt lecture tu kebetulan sahaja...*

Wednesday, December 26, 2012

Sekalung tahniahh

Tahniah kepada pelajar tingkatan tiga yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam exam PMR lepas..
tak lupa kepada pemilik blog ni ---->Park Ha Ra
kerana telah berjaya mendapat straight As dalam Penilaian Menengah Rendah

Tak lupa juga kepada adik yang ketiga, telah berjaya mendapat 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah...bulan lepas....

Tahniah dari akk yang berada jauh di mata dekat di jiwa,,kihkih~

Banggo den~

Bersyukurlah dgn rezeki yang Allah bagi...bagi yang tidak dapat keputusan yang diinginkan jgn putus asa, ade lagi masa untuk memperbaiki diri...(peringatan untuk diri juga~ T_T)

renungkan firman Allah SWT,
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memaklumkan, 'Jika kamu bersyukur pasti Kami tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah) maka sesungguhnya azabku sangat pedih'."
dipetik dari surah Ibrahim ayat 7.

Chayok2!

hehe...


 gambar ni di copy and paste dari facebook cikgu sek lama dulu..... <3

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada pemilik blog ini ---> Park Ha Ra

Why???Leh kidah?? 

Kerana telah berjaya memperolehi straight As Penilaian Menegah Rendah (PMR)

tak lupa juga kepada adik yang ketiga , kerana telah berjaya mendapat 4A 1B dalam Ujian penilaian sekolah rendah.....

wooo.... hebat2 lah semua...

Saya yang jauh ni tumpag terharu.... yang tidak dapat keputusan yang diiginkan, Jangan putus asa!

renungkan firman Allah, 

"Sesungguhnya mereka yang mengatakan, 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka beristiqamah (iaitu meneguhkan pendirian mereka) diatasnya, maka para malaikat akan turun kepada mereka dan berkata, 'Janganlah kamu berasa takut dan janganlah bersedih hati. bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.'" surah Fussilat ayat 30.
     
"Wahai mereka yang beriman, sujud dan rukuklah serta beribadahlah kepada Tuhanmu dan buatlah kebaikan  semoga kamu beroleh kejayaan." surah Al-Haj ayat 7

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, 
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: 
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya." Surah Al-mukminun, ayat 1-11

Bersyukur atas apa jua keputusan yang diperoleh... sbb itu Allah yang kasi.. ;)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memaklumkan, 'Jika kamu bersyukur pasti Kami akan tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah) maka sesungguhnya azabku sangat pedih'."
surah Ibrahim ayat7.

Jangan risau lah, tak de rezeki kat sini, kat tempat lain ada juga... :)

InsyaAllah...

Semoga adik2 along berjaya lagi di masa akan datang... make ma and abah proud of u..

Dari akk yang jauh dimata dekat dijiwa..kihkih... <3

 Doakan along berjaya juga pada masa akn datang !!! Doc to be ...InsyaAllah.
(tak de gamb lain..hihi)


Tahniah angah!!! dan kawan2 yang lain ...gambar dicuri dari facebook cikgu sek lama.

tak de funtion pon gamb niii ....saje je letak XD

setakat itu sahaja.... 
Ada sumur diladang boleh saya tumpang mandi,
Ada jodoh panjang , saya tulis lagi ...weiii





Thursday, December 13, 2012

Jealous???


Pernah tak anda semua mengalami masalah ini… semestinya ya kan jwpn anda!... jealous tgk dia anak org kaya, jealous tgk dia lebih berbakat dari kita, jealous dia lebih pandai daripada kita, jealous dia lebih cantik daripada kita… sumanya nak jealous lah… semua org mesti ade perasaan jealous tu.. kalau tak tu bukan manusialah namanya. Jadi saya pun ada sama...

Bila jealous tu datang , rasa mesti tertekan sangat2 . Dari sudut positifnya, jealous itu akan meng’initiate’kan tekanan yang menyebabkan kita pun nak buat macam tu juga.. nak jadi lebih baik daripada perkara yang kita jealous tu… nak meng’improve’kan lagi kelemahan diri kita dan setengah itu perkara yang dia jealous tu menjadi motivasi kpd dia…
Dari sudut yang lainnya, jealous tu membuat ssorg itu tertekan teruk sampai nak bunuh diri, rasa diri tak berguna, menjadi rendah diri, pendiam, menaburkan fitnah dan banyak lagilah symptom jealousy bakal muncul.

Segala benda jealous tu sbnnrnya hanya permainan emosi sahaja. Terpulang kepada diri sendiri cara untuk mengawalnya…

Syukur

Salah satu cara untuk kita mengurangkan rasa jealous tu dengan bersyukur. Banyakkan bersyukur dengan nikmat yg diberi. Bukan semua org dapat nikmat yang kita ada. Contohlah kita jealous dengan ssorg tu sebab dia cantik kita ni hodoh, tapi ada lagi manusia yang Allah uji yang Allah jadikan dia lagi hodoh daripada kita. Semua manusia dicipta tidak sempurna  dan wujud banyak kelemahan.Jadi ,cuba berusaha menjadi diri sendiri dan banyakan bersyukur dengan nikmat yang diberi. Terima diri sendiri dahulu, baru org boleh terima diri kita. 

Segala bakat, kecantikan, kepandaian, kelebihan itu merupakan rezeki dan nikmat dari Allah.

 ‘ tu rezeki dia la, dpat pegi oversea…’ , ‘murah rezeki dia ,kaya-raya dia sekarang’

Orang kata, rezeki tu tidak datang bergolek, sebaliknya dengan berusaha.
Berdoa mengharapkan sentiasa rezeki datang. Namun, tanpa usaha tak berguna juga. Allah suka org meminta padaNya.

 "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.." (Surah al-Ghaffir:60)


Penyelesaian

Ketika menghadapi situasi dimana kita sangat jelous dgn seseorg, cubalah banyak bersyukur akn diri sendiri . Tidak perlu mencari keburukan org itu, ataupun mencari kelemahan dan menjaja dari mulut ke mulut yang akhirnya menjadi fitnah dan membawa kepada dosa. Tidak perlu berasa lemah dan rendah diri. Yakin bahawa kita ada satu kelebihan lain dari org itu. Angaplah itu suatu ujian dan yakin ujian itu untuk memantapkan lagi diri kita.

Friday, December 7, 2012

Permulaan pekerjaan (awalul a'mal)

Bismillahirahmanirahim

assalamualaikum semua,

Kenapa saya menulis bismillah pada awal entri ni?

Basmalah ataupun bismillah merujuk kepada perkataan arab yang membawa erti 
"Dengan nama Allah" dan juga "Dengan menyebut nama-Mu ya Allah".Jikalau kita baca panjang lagi, bismillahirahmanirahim... ade tambahan sikit lagi "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang"...Waw kan...

Saya menulisnya supaya ,apabila kita sume membaca entire post ni kita sama2 dpt keberkatan dari Allah...
kenapa demikian?
kerana di dalam bismillah tu ada keberkatan... keberkatan dariNya...bacalah bismillah diawal amalan dan pekerjaan. Tak kisah lah semasa nak duduk kat kerusi ke, nk buka buku ke...first thing kita buat dahulu ialah baca bismillah...
ataupun nak buka pintu ke.... manalah tahu,tgh2 nk buka,tiba-tiba pintu tu jamm...owh S*#%!( selalu kot kita ucapkn perkataan tu) ...ape kata baca bismillah , InsyaAllah, dgn berkat Allah boleh buka nnti~


macammana pula kalau terlupa baca bismillah?
Bacalah 'bismillahiawalahu waakhir'....'Dengan nama Allah diawalnya dan diakhirnya.'

membaca bismillah + doa + niat pekerjaan = insyaAllah success!++ keberkatan
(teringat pulak cerita Dunia Baru, sorang makcik tu asyik2 sbut kat anak lelaki dia..."Kaf ba ra ka alif ta nun..keberkatan"haha)

Kerberkatan menjadikan sst perkerjaaan lebih bermakna lagi...
insyaAllah , dengan permulaan bismillah diawal pekerjaan menunjukkan kita bergantung segala pekerjaan kpdNya....pluss, barakah lagi!

jangan lupa akhirnya ucapkan Alhamdulillah...(teringat lagu2 kumpulan RAIHAN dahulu....)
 'Ucapkan Alhamdulilah, syukur kita kepada Allah.....'

sampai disini sajalah entri ni... tak larat nak tulis panjang2, skrg tgh malam..owh esk kelas...:) 
Alhamdulillah siap juga...
amalkan tau! cuba amalkan...dan istiqamah....(huhu,,,part tu paling berat sekali!)

p/s: daku bukan ingin menjadi ustaz/ustazah... tp nak berubah jadi lebih2 baik :)( saya yang menulis ni perlulah mulakan dahulu...kn2... sbb mata ni melihat apa yang ditulis )


wa salam. 

Monday, October 22, 2012

HI~

Hello my dear...

Hari ni aku mula update blog aku nih, dah lama aku tinggal, ngeehhh :D